Oct 2, 2011

5 Hari.

Salam, Hi.
Ape khabar incik belog? Dah lame aku tak menaip. Banyak benda yang terjadi sepanjang aku tak berblogger. Mood untuk belog tu memang susah nak dapat. Sepanjang ni banyak perkara sedih yang aku lalui. Diyana penah cakap Allah hanya menguji mengikut kemampuan hambaNya sahaja. Niat Allah hanya untuk menguji kekuatan dan kekuatan hambaNya, bukan untuk menyiksa.

5 Ogos 2011
Birthday aku. Pagi pagi lagi aku dah call mak. Tanye mak takde nak kasi ucapan pape ke? Sambil mak gelak gelak mak cakap Selamat Hari Jadi. #Malu pulak aku. Tak memasal je. Happy aku hari tu. Wishes from friends and besties. Thanks korang. Petang tu lepas habis kelas aku excited nak balik pahang. Call punye call, ada jugak bus Kesatuan ke pahang. Then, aku ajak Kak Ain balik pahang jugak. So, kiteorang balik sama sama. Aku sampai pahang dalam pukul 2am (6hb Ogos), then abang yang pick up aku kat UMP. Seram sejuk jugaklah sorang sorang tunggu kat situ. Nasib baik ada Diyana, aku call die mintak temankan aku. Nasib baik free call, gift from Celcom. xoxo

6 Ogos 2011
Sampai pahang pukul 2am, then sampai je terus mandi and then keluar bilik cakap kat mak lapar, nak makan. Then mak cakap makanlah, aku ape lagi amek pinggan terus makan. Makan dalam gelap takut ganggu mak. Sebab mak tidur kat ruang tamu, katanya takut tak sedae kalau tidur dalam bilik. Then, mak tegur aku, suruh buka lampu. Aku pon buka lah lampu. Makan siap tambah 2 kali. HAHA. Excited tak makan pape pon tadi. Makan roti dengan mineral water je sebab nak makan masakan mak kat rumah. Dah siap makan tu, aku masuk bilik, buka FB. Hilang ngantuk lepas makan masakan mak. Sedapp. :) Dalam pukul 4am smthing mak dah bangun. Aku dah dengar mak bangun, aku pon keluar ar dari bilik nak tolong mak masak untuk sahur. Mak terkejut tengok aku. Biasa nye aku lah yang paling susah nak bangun waktu subuh. HAHA. Tu lahh tabiat buruk aku, kalau aku bangun tu mesti ada pape. :) Tolong mak masak, kejutkan abah and along. Lepas tu sahur sama sama. Bestt. Actually aku tak makan pon sebab dah makan 2 pinggan sebelum tu. Aku buka peti ais, aku nampak kotak warne pink. Hehe. Aku tau kotak ape, tu lahh kotak KEK! Aku suka kek tu. Kadang2 kalau bukan birthday aku pon aku suruh mak tempah dengan mak teh. Then mak cakap, keluarkanlahh kek tu. Sambil tersengeh sengeh malu aku pon keluarkan. Then buka, wahh pandan layer cake. Love it. Mak suruh potong, makan sama sama. Actually mak tunggu aku balik dulu baru potong kek tu. Aku pon potonglah kek tu. Sambil tak pelawa orang lain makan aku, aku pon makan kek tu dengan hati berbunga bunga. Happy sangat. Mak ngan abah pon makan jugak. Entahlahh along makan ke tak. Tak perasan. Perasankan abah ngan mak yang tersayang je. #Tapi sayang jugak kat along. Pagi tu dalam pukul 9kot mak kejutkan. Mak cakap nak teman acik tak beli baju Adam. Aku pon ok jela. Mak cakap mak tak ikut sebab mak jaga Adam, so aku pergi dengan acik jela. Pendekkan cerita aku balik tu singgah bazar, beli makanan sikit. Before pegi tu, acik ada bawa sampael kuih raya yang biase mak order. Pelik, tahun ni mak order banyak sangat kuih raya. 5 jenis. Aku tak kesah pon, mungkin mak busy nak buat kot. Malam tu kami tengok cerita 100 hari. Zulhuzaimi yang berlakon, Rtm. Dalam cerita tu mengisahkan zulhuzaimi seorang driver yang baik, taat pada Allah menemui ajal. Kami 4 beranak tengok sama sama cerita tu. Sedih sangat. #Happy malam tu dapat tengok tv sama sama.

7 Ogos 2011
Erm, hari tu aku dah kena balik nilai, tapi aku yang drive. Aku follow kereta Kak Ain. Syok pon ada drive sendiri balik nilai. Excited pon ada. Hehe, then pagi tu tengok cerita karton. Pastu mak tanya tak nak basuh kereta ke? Aku pon pergi amek baldi bagai dan mulakan membasuh kereta. Time tu mak tengah siram pokok bunga kesayangan nya. Aku pon basuh badam kereta, mak basuhkan tayar. Erm, bestt main air dengan mak. Kalau bab bab main air memang aku suka. Dah siap basuh kereta aku pon tengok nona, mak masak. Bertuah kan punya nak macam aku. Lepas tengok nona, tengok cerita ape ntah. Lawak sangat. Dalam pukul 3 smthing aku pon bersiap nak balik. Macam macam mak bekalkan makanan untuk aku. Last tu aku salam mak, aku peluk mak, aku cium mak. Mak menangis. Au buat cool je, padahal dalam hati nak menangis sama. Aku fikir mungkin mak risau sebab aku bawa kereta. Ok, takpe. Then sampai nilai dalam pukul 6pm, sebab aku pergi 'pusing2 KL'. Sepanjang aku otw tu banyak kali jugaklah mak call, ada lahh dalam 5,6 kali. Tapi aku tau,mak mana tak risau anak drive. Nak nak pulak nak perempuan, anak bongsu pulak tu. Dahla comel. # Pulak, termerepek lebih pulak. Annoying =.=

8 Ogos 2011
Hari berjalan macam biasa. Sahur mak kejutkan. 5, 6 kali call mak setiap hari. Haha. Rindukan mak, sebab tu call mak. Boleh manja manja ngan mak. Nice day lahh untuk hari tu.

9 Ogos 2011
Subuh tu mak tak kejutkan pon aku bangun sahur, dalam pukul 5am aku call. Aku takut mak tak sedar. Rupa nya mak cakap mak dah bangun. Aku pon biarkanlah. Mandi, siap2 pergi kolej. Sampai kolej aku tak call pon mak, biasanya aku call. Dalam break tu pukul 10 smthng aku try call mak. Banyak kali. Tapi mak pick up pon. Aku risau, aku call abah. Abah cakap mungkin mak pergi Fardhu' Ain kat surau kot. Ok, aku tau. Mak selalu pergi Fardhu' Ain. Lepas aku call mak, abah try pulak call mak. Mak tak pick up juga. Then abah balik rumah nak check rumah. Abah bagi salam, mak tak menyahut, maybe mak tak balik dari surau lagi. Tu yang abah fikir. Abah pergi kerja semula. Dalam pukul 1 lebih hati abah kuat sangat nak balik, pintu berkunci. Abah kopak pintu belakang rumah. Abah panggil mak, mak tak sahut. Allahuakhbar, abah jumpa mak terbaring atas lantai toilet seolah olah sedang bersujud. Tu yang abah cerita padi kami. Aku seolah olah hilang akal fikiran. Gelap dunia. Buntu. Kenapa begitu kejam Allah mengambil mak dari kami? Kenapa jauhkan aku dengan mak? Ya Allah, tegarnya Engkau melakukan itu semua pada aku. Apa dosa aku? Hukumlah aku dan janganlah Engkau mengambil ibuku.

* Minta maaf, aku tak dapat teruskan cerita ini, pilu hati aku teringatkan mak. Sebak hati aku bila teringatkan semua ini. Maafkan kau kalau cerita ini tergantung. Hilangnya ibu seolah olah hilang segalanya. Aku sudah melaluinya. Aku sudah tau keperitannya. Mungkin kau boleh cakap, 'Sabar, aku faham kau'. Sebenarnya tidak, kau tak faham perasaan aku sebab kau masih mempunyai ibu. Hanya orang senasib aku sahaja yang memahami aku. Maaf sekiranya coretan ini mengguris hati sesiapa.

Al - Fatihah untuk Allayarhamah Halijah Omar. 9 Jun 1967 - 9 Ogos 2011
Mak sempat menjaga aku 19 tahun 4 hari.



No comments: